Ya, aku lah tu -.-

Ya, aku lah tu yang menjahanamkan kereta kepunyaan bonda aku. Akulah yang bertanggungjawab dalam perihal ini. Aku lah yang alpa dalam menempuh jalan yang dipenuhi air hujan itu. Aku lah yang leka, lagak umpama micheal schumacher pecutanku. Akhirnya ia memakan diriku. Kereta merah itu tersadai di tengah pembahagi jalan, di tengah kesesakan lalu lintas. Ya, pemandunya adalah GADIS iaitu diriku sendiri. Kereta merah itu tidak mampu berjalan walau utk 100m jauhnya. Aku pasrah. Kerna aku tau, pasti ada hikmah disebalik semua ini.



P/s: duit mane harus ku tebuk bagi membayar wang baiki kereta?